Monday, 4 September 2017


                                     APA ITU PETA I-THINK

.       I-THINK merupakan singkatan kepada innovative thinking (pemikiran inovatif). Peta pemikiran i-THINK merupakan alat berfikir bercorak visual-verbal yang setiap satunya berdasarkan proses pemikiran asas. Peta ini sesuai digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi membantu guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih kreatif dan bermakna. Selain itu, peta pemikiran i-THINK juga dapat membolehkan pelajar memahami kemahiran kognitif yang abstrak melalui bentuk visual yang konkrit.

       Justeru itu, penggunaan yang berterusan akan membudaya kemahiran berfikir ke arah membangunkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, penekanan kepada enam ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing diperingkat global bagi memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada antaranya ialah meningkatkan kemahiran berfikir. Hal ini demikian kerana, penguasaan kemahiran berfikir yang betul adalah sangat penting untuk menjadi salah satu Negara yang maju. Oleh hal demikian, peta pemikiran i-THINK merupakan salah satu program yang dapat mengukuhkan kefahaman murid untuk berfikir dengan lebih kreatif dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berinovasi. Teknik ini juga dapat mewujudkan suasana pengajaran yng menyeronokkan diantara murid dan guru. Menurut Hyerle dan Yeager (2007), peta pemikiran memberi kemudahan kepada murid dalam memhami konsep dalam pembelajaran, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Natijahnya, melalui penekanan peta pemikiran i-THINK, jelaslah bahawa dapat melahirkan modal insan yang berupaya berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.   

KEKUATAN PETA I-THINK
  • Pelajar dapat meningkatkan daya ingatan
  • idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik serta lebih mudah untuk dikembangkan
  • sangat penting dalam membuat ulangkaji pelajaran atau sebagai bahan bacaan kerana ia ringkas dan memberi makna yang nyata
  • dapat menarik perhatian dan minat pelajar terhadap pembelajaran
  • peta i-think dapat membantu pelajar untuk membuat satu pembentangan kerana setiap peta pemikiran mempunyai fungsi yang berbeza
  • guru boleh menggunakan peta i-think sebagai bahan pengajaran supaya proses pembelajaran tidak membosankan
KELEMAHAN PETA I-THINK
  • Bukan semua pelajar dapat mengaplikasi peta i-think dalam pembelajaran
  • membazirkan masa
  • pelajar tidak memahami kata kunci yang ditulis maka tidak dapat mengaitkan idea tentang pembelajaran

Image result for peta ithink



No comments:

Post a Comment